Sunday, April 4, 2010

Futsal Competition 2010

Bertempat di Suria Indoor Soccer Centre, Jesselton Point.. YMCA telah menganjurkan pertandingan futsal peringkat negeri. Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta-peserta pekak serata Kota Kinabalu, Inanam, Putatan dan Penampang. Pihak sekolah turut terlibat menjayakannya dan telah menghantar dua kumpulan iaitu untuk kategori wanita dan lelaki. Pertandingan ini dilaksanakan pada 28 Mac 2010, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Berikut adalah beberapa aksi dan suasana yang sempat dirakamkan.


Inilah suasana seawal jam 9.00 pagi Suria Indoor Soccer Centre. Peserta berkumpul untuk taklimat daripada pengadil dan pihak penganjur. Murid SMK Datuk Peter Mojuntin memakai pakaian berwarna biru untuk lelaki dan perempuan. Walaupun saiz antara mereka kelihatan tak jauh berbeza tapi keputusan tidak akan diketahui sebelum perlawanan. Apapun, murid semua jangan takut, jangan segan.. kalau panik masa main nanti, tengok saja cikgu kamu mesti akan bersemangat semula, hehe..


Pertandingan untuk kategori lelaki dimulakan terlebih dahulu dan kategori wanita hanya bermula pada jam 1 petang. Jadi kalau murid-murid perempuan mahu berehat dulu, bolehla.. tapi kamu jangan pergi mandi di pantai, nanti kenyang air laut. Wakil sekolah melalui perlawanan yang sukar sepanjang pertandingan, mungkin kerana faktor usia dan kemahiran yang masih belum mencukupi untuk menyaingi pasukan yang lebih berpengalaman. Pasukan lelaki tewas dalam semua perlawanan, namun berjaya menyumbat beberapa gol melalui adik Zecklose Kensiong. Kalah tak apa, yang penting kita enjoy dan pengalaman..


Macam burung yang bermain dalam sangkar pula kan? Ini aksi peserta wanita yang berentap pada pusingan pertama. Hanya 3 pasukan yang bertanding dan wakil sekolah berjaya menduduki tempat yang ke-3. Kira oklah nombor 3, heh.. Perlawanan agak sengit juga, namun pasukan lawan lebih bernasib baik kerana mampu mengawal segala pergerakan yang diatur oleh pemain sekolah. Cikgu pun jadi geram juga kadang-kadang, dulu di sekolah kamu berlatih macam ada aura juara, bila sampai sini.. dapat bola terus tendang entah pergi mana, nasib baik tak menjaring gol sendiri. Apapun, tahniah kerana telah mencuba.. mungkin rezeki kamu tahun depan pula kan. Tapi kalau kalah lagi, cikgu denda kamu lukis meja 100 kali, hehehe...



Yaa.. ini dia pemenang tempat ketiga. Kawan-kawan kamu tahun lepas dapat juara, kalau mereka tengok blog ni sekarang mesti mereka tersenyum kan? pedulilah, itu cerita lama. Nasib baik antara kamu tiada yang pengsan atau cedera teruk, bolehlah datang sekolah besok sambil cerita dengan kawan-kawan yang lain. Pingat tu simpan baik-baik, manatau tahun depan dapat yang lebih baik pula.



Bergambar kenangan sebelum pulang bersama guru pengiring. Tapi Cikgu Fatly dan Hansell tak ada dalam gambar. Kalau yang peserta perempuan ada pingat, tapi yang lelaki kamu tunjuk apa? tunjuk perut mungkin, hehe.. Terima kasih juga kepada pihak YMCA kerana menyediakan makanan dan minuman untuk makan tengahari. Juga terima kasih kepada pemilik gelanggang dan pengadil jemputan kerana sudi meluangkan masa sehari suntuk bagi menjayakan aktiviti ini. Kalau tidak ada aral yang melintang, tahun depan kita jumpa lagi ya.. Murid-murid semua, kamu balik asrama terus mandi, hehh..

Saturday, April 3, 2010

Latihan Intensif Bowling di CPS Bowl, Centre Point.

Sebenarnya ada banyak aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan pada tahun lepas, tapi tak sempat di laporkan ke dalam blog ini. Tak apa, kita mulakan tahun ini dengan aktiviti yang telah dijalankan ok.
















(10 Mac 2010)

Dengan kerjasama daripada pihak CPS Bowl, kami berpeluang mendapatkan khidmat jurulatih mereka. Hah.. murid tak datang hanya untuk buang bola tapi turut mempelajari teknik asas untuk posisi badan yang betul, teknik cengkaman pada bola, pergerakan tangan dan fokus pada lorong yang tepat. Kelihatan jurulatih sedang khusyuk memberikan panduan, dan cikgu-cikgu seperti biasa berperanan menterjemahkan panduan tersebut. Tapi bagus juga sebab jurulatih ini turut berminat mempelajari bahasa isyarat, lepas ni biarlah dia isyarat sendiri pula, hehe..


Sekali tengok macam belajar kungfu, dua kali tengok macam kelas ballet. Tapi sebenarnya inilah suasana pengajaran bowling yang dilaksanakan. Murid bagaikan hendak mengira langkah jurulatih, bagus.. selepas ini kamu boleh wakil sekolah untuk pertandingan pada bulan Mei nanti ya. Tapi bila belajar jangan besok dah lupa, nanti cikgu denda kamu tidur dengan bola bowling, hee..
















(24 Mac 2010)

Ini adalah latihan kedua di tempat yang sama namun berlainan hari. Murid berpeluang mengaplikasikan hasil pembelajaran yang lepas. Namun masih ada yang agak kekok memegang bola dan terlupa cara untuk mengayunkan tangan. Nasib baik cikgu tak sempat tarik telinga kamu dah ingat balik. Selepas ini, latihan akan diteruskan ke minggu berikutnya, bergantung kepada kelapangan dan peruntukan yang ada.