Sunday, April 4, 2010

Futsal Competition 2010

Bertempat di Suria Indoor Soccer Centre, Jesselton Point.. YMCA telah menganjurkan pertandingan futsal peringkat negeri. Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta-peserta pekak serata Kota Kinabalu, Inanam, Putatan dan Penampang. Pihak sekolah turut terlibat menjayakannya dan telah menghantar dua kumpulan iaitu untuk kategori wanita dan lelaki. Pertandingan ini dilaksanakan pada 28 Mac 2010, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Berikut adalah beberapa aksi dan suasana yang sempat dirakamkan.


Inilah suasana seawal jam 9.00 pagi Suria Indoor Soccer Centre. Peserta berkumpul untuk taklimat daripada pengadil dan pihak penganjur. Murid SMK Datuk Peter Mojuntin memakai pakaian berwarna biru untuk lelaki dan perempuan. Walaupun saiz antara mereka kelihatan tak jauh berbeza tapi keputusan tidak akan diketahui sebelum perlawanan. Apapun, murid semua jangan takut, jangan segan.. kalau panik masa main nanti, tengok saja cikgu kamu mesti akan bersemangat semula, hehe..


Pertandingan untuk kategori lelaki dimulakan terlebih dahulu dan kategori wanita hanya bermula pada jam 1 petang. Jadi kalau murid-murid perempuan mahu berehat dulu, bolehla.. tapi kamu jangan pergi mandi di pantai, nanti kenyang air laut. Wakil sekolah melalui perlawanan yang sukar sepanjang pertandingan, mungkin kerana faktor usia dan kemahiran yang masih belum mencukupi untuk menyaingi pasukan yang lebih berpengalaman. Pasukan lelaki tewas dalam semua perlawanan, namun berjaya menyumbat beberapa gol melalui adik Zecklose Kensiong. Kalah tak apa, yang penting kita enjoy dan pengalaman..


Macam burung yang bermain dalam sangkar pula kan? Ini aksi peserta wanita yang berentap pada pusingan pertama. Hanya 3 pasukan yang bertanding dan wakil sekolah berjaya menduduki tempat yang ke-3. Kira oklah nombor 3, heh.. Perlawanan agak sengit juga, namun pasukan lawan lebih bernasib baik kerana mampu mengawal segala pergerakan yang diatur oleh pemain sekolah. Cikgu pun jadi geram juga kadang-kadang, dulu di sekolah kamu berlatih macam ada aura juara, bila sampai sini.. dapat bola terus tendang entah pergi mana, nasib baik tak menjaring gol sendiri. Apapun, tahniah kerana telah mencuba.. mungkin rezeki kamu tahun depan pula kan. Tapi kalau kalah lagi, cikgu denda kamu lukis meja 100 kali, hehehe...



Yaa.. ini dia pemenang tempat ketiga. Kawan-kawan kamu tahun lepas dapat juara, kalau mereka tengok blog ni sekarang mesti mereka tersenyum kan? pedulilah, itu cerita lama. Nasib baik antara kamu tiada yang pengsan atau cedera teruk, bolehlah datang sekolah besok sambil cerita dengan kawan-kawan yang lain. Pingat tu simpan baik-baik, manatau tahun depan dapat yang lebih baik pula.



Bergambar kenangan sebelum pulang bersama guru pengiring. Tapi Cikgu Fatly dan Hansell tak ada dalam gambar. Kalau yang peserta perempuan ada pingat, tapi yang lelaki kamu tunjuk apa? tunjuk perut mungkin, hehe.. Terima kasih juga kepada pihak YMCA kerana menyediakan makanan dan minuman untuk makan tengahari. Juga terima kasih kepada pemilik gelanggang dan pengadil jemputan kerana sudi meluangkan masa sehari suntuk bagi menjayakan aktiviti ini. Kalau tidak ada aral yang melintang, tahun depan kita jumpa lagi ya.. Murid-murid semua, kamu balik asrama terus mandi, hehh..

Saturday, April 3, 2010

Latihan Intensif Bowling di CPS Bowl, Centre Point.

Sebenarnya ada banyak aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan pada tahun lepas, tapi tak sempat di laporkan ke dalam blog ini. Tak apa, kita mulakan tahun ini dengan aktiviti yang telah dijalankan ok.
















(10 Mac 2010)

Dengan kerjasama daripada pihak CPS Bowl, kami berpeluang mendapatkan khidmat jurulatih mereka. Hah.. murid tak datang hanya untuk buang bola tapi turut mempelajari teknik asas untuk posisi badan yang betul, teknik cengkaman pada bola, pergerakan tangan dan fokus pada lorong yang tepat. Kelihatan jurulatih sedang khusyuk memberikan panduan, dan cikgu-cikgu seperti biasa berperanan menterjemahkan panduan tersebut. Tapi bagus juga sebab jurulatih ini turut berminat mempelajari bahasa isyarat, lepas ni biarlah dia isyarat sendiri pula, hehe..


Sekali tengok macam belajar kungfu, dua kali tengok macam kelas ballet. Tapi sebenarnya inilah suasana pengajaran bowling yang dilaksanakan. Murid bagaikan hendak mengira langkah jurulatih, bagus.. selepas ini kamu boleh wakil sekolah untuk pertandingan pada bulan Mei nanti ya. Tapi bila belajar jangan besok dah lupa, nanti cikgu denda kamu tidur dengan bola bowling, hee..
















(24 Mac 2010)

Ini adalah latihan kedua di tempat yang sama namun berlainan hari. Murid berpeluang mengaplikasikan hasil pembelajaran yang lepas. Namun masih ada yang agak kekok memegang bola dan terlupa cara untuk mengayunkan tangan. Nasib baik cikgu tak sempat tarik telinga kamu dah ingat balik. Selepas ini, latihan akan diteruskan ke minggu berikutnya, bergantung kepada kelapangan dan peruntukan yang ada.



Tuesday, June 30, 2009

Kursus Lencana Kecekapan Siri II/09 (St. John Ambulance)

Pada 26 - 28 Jun, St. John Ambulance Sabah telah menganjurkan Kursus Lencana Kecekapan Kadet Siri II/09. Kursus ini bertempat di Ibu Pejabat SJMS Tuaran. Setiap sekolah dijemput untuk menghantar 4 orang wakil. Pendidikan Khas telah menghantar 3 pelajar tingkatan 2 dan seorang wakil tingkatan 1 iaitu:

1) Siti Nadzirah Jefferi (2 KA)
2) Jacintha Sylvester (2 KB)

3) Nizam Wilwatto (2 KB)
4) Bellinda Yasin (1 KA)

Berikut merupakan sedikit coretan mengenai sepanjang program yang telah dijalankan.

Kelihatan pelajar sedang menyemak mana-mana maklumat yang perlu disediakan sebelum memulakan aktiviti yang akan dijalankan. Dari kiri adalah Bellinda, Siti Nadzirah, Nizam Wilwatto dan Jacintha.


Jacintha dan Nizam turut mengambil peluang untuk bergambar dengan rakan peserta yang lain tanpa segan silu.



Selepas tamat kursus pada hari terakhir, peserta mengambil kesempatan untuk bergambar dengan En. Ricci dan pegawai pelaksana kursus tersebut. Walaupun semua agak keletihan namun mereka masih mampu mengukir senyuman untuk diabadikan kenangan.

Aktiviti yang dilaksanakan adalah berkisar kepada 4 kursus atau lencana utama yang akan diperolehi oleh peserta selepas tamat kursus. Antara lencana yang ditawarkan pada program ini adalah:


i) Knowledge of Order
ii) Accident Prevention
iii) Animal Care
iv) Fitness

Tiba masanya untuk pulang. Sebelum berangkat meninggalkan tempat kursus, semua pelajar mengambil gambar bersama dengan guru pengiring, Cikgu Catherine, di depan pejabat pengurusan St. John Ambulance, Tuaran.

Semoga ilmu yang mereka perolehi akan dimanfaatkan pada masa akan datang. Setiap saat yang mereka tempuhi bersama pasti tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat.. wah, berbunga-bunga gitu..

Tuesday, June 9, 2009

Ko-Kurikulum Pendidikan Khas

Murid-murid Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di program ini juga aktif dalam akativiti ko-kurikulum. Sama seperti murid-murid aliran perdana, murid-murid pendidikan khas diwajibkan menyertai masing-masing satu aktiviti daripada Unit Beruniform,
Kelab & Persatuan dan Sukan dan Permainan.

Bagi Unit Beruniform, hanya dua unit yang ditawarkan kepada murid-murid khas ini iaitu Pengakap dan ST.John Ambulance.














Unit Beruniform Pengakap
Berdiri dari kiri: Millver, Hajmain, Mohd. Ramlan, Aremiah, Jamaluddin, Lee Kok Cung, Max, Cikgu Azlianah, Ilman, Benard, Hansell, Maxwell.
Duduk dari kiri: Joepoldson, Mohd Nidzam Cikgu Janet, Janet, Mohd. Razali, Roderickdan V. Helmus.














Unit Beruniform ST. John Ambulance
Berdiri dari kiri: Kimberly, Jacintha, Nur Aisyah, Lydia, Anesa.
Duduk dari kiri: Nor Misha, Nurbaizurah, Nur Azureen, Cikgu Jesson, Cikgu Suana, Daisy, Tiara dan Noor Shakiroh.

Untuk Kelab & Persatuan, empat kelab ditawarkan iaitu Kelab Komunikasi Seluruh, Kelab Pendidikan Islam, Kelab Tunas Seni dan Kelab Vokasional. Kelab-kelab ini ditawarkan dengan tujuan untuk menyediakan murid-murid dengan aktiviti yang berkaitan kerana murid-murid sekolah ini sering diminta membuat persambahan dan pameran sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Bagai kelab komunikasi seluruh juga menerima murid-murid aliran perdana yang berminat untuk mempelajari Bahasa Isyarat, dengan itu mereka dapat berkomunikasi dengan murid-murid khas di sekolah ini. Kelab Vokasional bertujuan untuk mendedahkanmurid-murid khas dengan aktiviti pertanian, kraftangan, masakan dan sebagainya. Kelab Vokasional ini adalah penggerak utama program Bumi Hijau Pendidikah Khas, khasnya dan sekolah umumnya.


Kelab Vokasional
Guru Penasihat: Catherine Chin (K) Piluh @ Mathilda Osong (P)
Ahli-ahli: Berdiri dari kiri: Aremiah, V.Helmus, Jalita, Yong Siau Ken dan Dg. Dalila. Duduk dari kiri: Raymond, Chin Tsin Tong, Zecklose, Cikgu Piluh, Cikgu Catherine, Lina, Kimberley dan Siti Nadirah.
Tiada dalam gambar: Anesa, Lee Kok Cung, MaxNicholson dan Pauline.



Kelab Tunas Seni
Guru Penasihat: Janet Asik(K) Suhailah Binti Satneh(P)
Ahli-ahli:
Berdiri dari kiri: Sozila, Lidia, Bernard, Hansel, Maxwell, Elson, Jachinta dan Bellinda.
Duduk dari kiri: Roderick, Joepoldson, Janet, Cikgu Janet, Cikgu Suhailah, NorMisha, Nurbaizurah dan Daisy.



Kelab Komunikasi Seluruh
Guru Penasihat: Lydia Juakim(K) Azlianah Mohd. Lawi (P)
Ahli-ahli:
Berdiri dari kiri: Pelajar 1, 2,Siti Sarah, Millver, Jamaluddin, Mohd Ramlan, 3, 4, & 5.
Duduk dari kiri: Pelajar 6, 7, 8, Tiara, Cikgu Lydia, Cikgu Azlianah, 9, 10, 11 dan 12.
Nota Pelajar 1 hingga 12, adalah pelajar dari arus perdana (berminat mempelajari Bahasa Isyarat)



Kelab Pendidikan Islam

Guru Penasihat: Sapina Binti Bulkin (K)
Ahli-ahli:
Berdiri dari kiri: Mohd Nizam, Mohd Nidzam Adha, Ilman, Hasbuddin, Mohd Razali, Pelajar 1, 2, 3, 4, Hajmain, 5, 6, dan 7.
Duduk dari kiri: 8, 9, 10, 11, Cikgu Sapina, 12, 13, 14, NoorShakiroh dan Nur Aisyah.

Murid-murid Pendidikan Khas juga aktif dalam aktiviti sukan & Permainan. Tiga permainan ditawarkan kepada murid-murid khas ini iaitu Kelab Bola Jaring(P), Kelab Bola Sepak/Futsal(L) dan Kelab Badminton. Ketiga-tiga kelab ini ditawarkan bagi tujuan menyediakan murid-murid khas dalam pertandingan yang diadakan di peringkat kebangsaan sempena Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Setiap tahun murid-murid khas ini membantu mengharumkan nama sekolah di mana ada antara bekas murid khas dari sekolah ini mewakili Malaysia ke pertandingan Futsal di peringkat antarabangsa. Pada tahun ini pula salah seorang murid dari Kelab Badminton bakal mewakili Malaysia ke pertandingan badmintan untuk OKU Pekak di Taiwan.



Kelab Bola Jaring

Guru Penasihat: Suhailah Binti Satneh (K) Sapina Binti Bulkin (P)
Ahli-ahli:
Berdiri dari kiri: NoorShakiroh, Jachinta, NurAzureen,Tiara dan NorMisha.
Duduk dari kiri: Siti Nadirah, Daisy, Cikgu Sapina, Cikgu Suhailah, NurBaizurah dan Lidia.



Kelab Bola Sepak/Futsal

Guru Penasihat: Jesson Hintanau (K), Mohd Fatly Rajak (P)
Ahli-ahli:
Berdiri dari Kiri: Sapri, Bernard, Hajmain, Mohd Ramlan, Lee Kuk Chung, Jamaluddin, Hasbuddin, Ilman, Hansel dan Millver.
Duduk dari Kiri: Mohd Nidzam Adha, V.Helmus, Joepoldson, MaxNicholson, Cikgu Jesson, Cikgu Mohd Fatly, Janet, Aremiah, Maxwell dan Mohd Razali.



Kelab Badminton
Guru Penasihat: Lydia Juakim(K) dan Catherine Chin Oi En (P)
Ahli-ahli: Berdiri dari kiri: Lina, Yong Sau Ken, Sozila, Pauline, Elson, Chin Tsin Tung, Roderick, Raymond & Mohd Nizam.
Duduk dari kiri: Siti Sarah Sakinah, Dg Dalila, Anesa, Nur Aisyah, Cikgu Lydia, Cikgu Caherine, Kimberley (Pengerusi), Jalita, Bellinda & Christine.